Salam dari THEGOLDFINDER. Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang fana ni.. Alhamdulillah juge minggu lepas aku berjaya menebus kembali 100gram yg dipajak di Ar-Rahnu Agrobank.
Selepas memajak 100 gram ku ini, aku telah lock 3 x 20 gram dengan harga RM2,773 setiap satu dgn Public Gold pada 19 Julai 2010. Tapi memandangkan waktu aku pajak haritu aku cuma dpt RM5000, so aku kena tambah sikit duit.
Jumlah pembelian 3 x 20 gram = RM2,773 x 3 = RM8,319
Kos pengangkutan = RM 30
Kos keseluruhan = RM8,339
Kos yang perlu ditambah = RM8,339 - RM5,000 = RM3,339
Selepas 4 bulan, iaitu pada 19 November 2010, aku telah menebus 100 gram tersebut, setelah berjaya menjual ketiga-tiga emas 20 gram tersebut dgn harga RM3,100 setiap satu. Maka dengan itu;
Jumlah jualan = RM3,100 x 3 = RM9,300
Upah simpan yang perlu dibayar kepada bank = RM63 (sebulan) x 4 bulan = RM252
Jumlah yg perlu dibayar pada Agrobank: RM5,000 + RM252 = RM5,252
Keuntungan = RM9,300 - (RM5,252 + RM3,339) = RM709
Emas 100gram yang ditebus |
Macamana? Best tak? Dalam tempoh 4 bulan je dpt RM709. Emas 100g aku dapat balik,dapat untung, aku tambah koleksi emas aku lagi. Menarik bukan. Terus aku lock Public gold 1Dinar. Demi kesenangan untuk masa depan, joli sakan terpaksa dilupakan ;) Ok, semoga entri kali ni memberi korang idea untuk memanupulasi teknik Ar-Rahnu ni. Selamat mencuba...
Berminat nk memiliki koleksi emas ini.Kalau anda masih perlukan bantuan, hubungi sahaja THEGOLDFINDER di 0126408957
No comments:
Post a Comment