Saturday, January 1, 2011

BETUL KENI?......


KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

Betulkeni? Dapat la bonus tahun ni 8.75% dalam ASB aku. Banyak ke?..... Maknanya kalau aku ada simpanan maksimum kat ASB bernilai 100k, dapat la dalam 8k++. Ok la tuh. Boleh cover duit simpanan dari di mamah inflasi. Inflasi lebih kurang 4-5% setahun. Kalau tahun ni ASB dapat 8.75%, emas pulak berapa eh? Jom tgk graf di bawah;


Graf Harga Emas (USD/Oz) dari 1 Januari 2010 - 22 Disember 2010
Setakat 22 Disember 2010, emas mencatatkan kenaikan sebanyak 27.72% sejak Januari 2010. Berapa kali ganda dari ASB yea? ;) Hehehe....

Kenapa aku pilih ASB utk wat perbandinagan ni? Sebab baru2 ni dorg umumkan dividen nya dan ASB yang paling rendah risiko (ASB ni kira pesaing terdekat dgn emas ) sebab dijamin oleh kerajaan dan menjadi pilihan kita, para bumiputera...Aku memang suka ASB ni tapi aku lagi suka emas aku ini...Jom kita tengok ni k......

Jadual Agihan Dividen dan Bonus ASB - dari Tahun 1991 - 2010

Graf Harga Emas (USD/Oz) dari Tahun 1991 - 2010

Jom kita bandingkan mereka:

1. Aku hanya akan dapat full dividen HANYA DAN HANYA JIKA aku tak WITHDRAW duit dari akaun ASB aku tu.Betul tak aku cakapni?... Kalau withdraw, perolehan untung adalah semakin bekurang. (profit base on pro rata).

2. Kalau emas pulak, katakan aku terdesak nak pakai duit. Takut ke nak pegi gadai sebab harga berkurang? Kurang apa, lagi naik adalah. Pegi pajak ke ar-Rahnu, dapat cash serta merta. Tak perlu risau pasal dividen. Insya Allah lepas setahun nilai emas aku tadi tetap tinggi selagi aku pegang emas tu (kena la tebus balik).

3. Kalau korang perhatikan jadual ASB tu, dividennya semakin lama semakin kurang. Pada tahun 90-an, pulangannya konsisten 10%++ tapi masuk je tahun 2001, dah kurang dari 10%. Padahal inflasi je dah cecah 5% setahun. Kalau zaman 90-an boleh dapat 10% ke atas, memang menarik sebab barang-barang time tu pon tgh murah, minyak murah. Tapi kalau zaman sekarang, kalau takat 8%, tolak 5% inflasi, cuma 3% je la.. Hmmm...

4. Emas? Secara purata kenaikan harga emas adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Boleh rujuk graf di atas atau tgk sendiri di laman web goldprice atau di laman web kitco.Cuba tgk dari gambar graf di atas, kenaikan emas dicatat sebanyak 261.75% dari Tahun 1991 sehingga ke hari ini!

Jadi, tahniah aku ucapkan kepada diriku ini sebab dah mula nampak rezeki hasil titik peluh sendiri yang mempunyai kedua-dua aset yg dibincangkan. Bersempena tahun baru ni, jom kita berazam untuk memperlbagaikan cabang portfolio kita. Korang pasti tak menyesal dengan tindakan menjadikan emas sebagai satu lagi cara investment korang. Yang mana yang dpt dividen tu, cuba amik skit keuntungan tu dgn beli emas, ckup sekadar membeli 1 dinar dahulu. Cuba simpan dan kita tengok bagaimana keputusan tahun depan...


Ini bukan sistem MLM...korang beli emas,korang punya emas tu...bukan aku dapat untung apepun..aku cuma nak menyedarkan diri aku ini dan kita skali, supaya jangan asyik nak join MLM yang semestinya kita tau kita tertindas mencari pelanggan la, nk cukupkan sale bulanan la....Semua tu memenatkan kita tetapi menguntungkan upline kite...Janji manis hanya sebelum korang join Upline tu je tp bile dah join terkontang kanting mencari customer lain....Sedarlah ye kawan-kawan..

Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, followlah blog ni pada hari-hari berikutnya...aku akan selitkan info utk korang....kalau korang nak tau camne nk beli emas, korang contact la no ni 012-6408957 atau ym je aku di kampunggenesis@yahoo.com.

No comments:

Post a Comment